PENGENALAN

ESPEK LIVESTOCK SDN BHD: PAKAR PENTERNAKAN INTEGRASI SAWIT

ESPEK Livestock Sdn. Bhd. (ELSB) adalah sebuah Syarikat Milikan RISDA (SMR) melalui pegangan saham oleh RISDA Estates Sdn. Bhd.

ESPEK Livestock Sdn Bhd yang telah hampir 20 tahun berkecimpung dalam industri penternakan negara adalah pengasas pengurusan ternakan secara integrasi yang utama dalam Malaysia. Pengurusan yang di gabungkan dengan pengurusan ladang untuk menghasilkan baka lembu yang bermutu dan menjadi nadi pengeluar terunggul baka lembu di Malaysia.

ELSB  mula beroperasi pada tahun 1999 dengan teras perniagaan yang meliputi ternakan lembu secara integrasi sawit di ladang-ladang RISDA. Ternakan diternak di ladang RISDA  kini berjumlah 10,000 ekor dijangka dapat mengeluarkan 2500 ekor ternakan bermutu tinggi kepada pasaran ruminan negara.

Kini, ELSB mengorak langkah dalam memajukan perniagaan dengan pengeluaran produk hiliran berasaskan daging berjenama Chekoley. Produk Chekoley akan dipasarkan di  pelbagai rangkaian pasaraya tempatan serta di eksport ke luar negara khususnya di Timur Tengah.

FUNGSI ELSB

  • Mengeluarkan lembu pedaging baka berkualiti melalui sistem penternakan secara integrasi ladang sawit
  • Mengeluarkan lembu pedaging baka berkualiti secara fidlot untuk sembelihan
  • Mengeluarkan mineral blok ternakan untuk kegunaan sendiri dan jualan luar.
  • Meningkatkan daya saing bagi menguasai segmen hiliran pasaran dalam industri- kedai daging, makanan ternakan dan pengeluaran hasil daging seperti daging perap, sosej, bebola daging dan lain-lain.
  • Menghasil dan mengeluar baja Organik yang berkualiti  berasaskan tinja ternakan ruminan menggunakan teknologi mesra alam.
  • Membantu RISDA dalam melaksanakan aktiviti ekonomi tambahan (AET) untuk Pekebun Kecil seperti membekalkan baka-baka lembu.
  • Memberi khidmat nasihat dan kepakaran tentang pemeliharaan lembu secara integrasi kepada pengusaha penternakan yang berminat.
  • Mewujudkan usahasama dengan lain-lain syarikat yang boleh menghasilkan sinergi ke arah mencapai keuntungan yang lebih.