PENGENALAN

  • Di ELSB, kami menyediakan suasana kerja yang memberangsangkan dengan menghimpunkan tenaga kerja tempatan terbaik agar kami mampu bersaing secara efektif dalam persekitaran ekonomi domestik dan antarabangsa yang serba mencabar.
  • Sebagai sebuah organisasi pelaburan unggul di Malaysia, selama lebih daripada dua dekad ELSB memainkan peranan secara aktif dalam merangsang pembentukan industri ruminan negara dengan melahirkan profesional Bumiputera dan rakyat Malaysia dalam bidang penternakan.
  • Budaya korporat kami memberi tarikan kepada individu yang memburu kerjaya yang memberi galakan dan ganjaran terhadap prestasi yang tinggi. Selaras dengan cabaran masa kini, kami menyediakan pelbagai peluang pembangunan individu dan profesional kepada rakan sekerja yang mencakupi pelbagai tanggungjawab dalam segenap bidang perniagaan.
  • Sekiranya anda berminat untuk memulakan kerjaya di ELSB, kami menggalakkan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari pautan iringan yang disediakan dalam seksyen peluang kerjaya di laman sesawang ELSB.

KELAYAKAN

  • Pemohon dikehendaki mempunyai kelayakan minimum akademik ijazah dari institusi pengajian tinggi untuk jawatan eksekutif.
  • Bagi pemohon dengan kelayakan SPM atau pendidikan menengah yang setaraf, lain-lain jawatan bukan eksekutif disediakan.

BIDANG KEPAKARAN

Bagi pemohon yang merancang untuk membina kerjaya di ELSB, kelayakan akademik
dalam bidang berikut adalah satu aset:

  • Doktor Perubatan Veterinar
  • Pengurusan Penternakan
  • Sains Pertanian
  • Teknologi Makanan
  • Perakauanan
  • Pengurusan Perniagaan
  • Komunikasi Korporat

JAWATAN KOSONG

PERMOHONAN JAWATAN